lagu

Sunday, 27 December 2015

Dearest, 2016.

Bismillah.
Allahuma solli 'ala Muhammad.




Dear, my dear.
I always want you to know that I love you. I am sorry if I am careless. I am sorry if I am hurting you. I am sorry if I ignore you or did not think about you. I am sorry for being like this. I am sorry for everything.

Dear, my dear.
Hey, you are beautiful just the way you are. You are nice, you are lovely. I love you, dear. I am just lack of confidences and a bit of laziness. But it does not mean I do not want to move forward. I need a strength to keep going and face the world. We will okay for it. Okay, dear?

Dear, my dear.
For a few years, for every night, that I am crying like crazy, I am sorry. It just the only way to express all my feelings. And yeah, it is kinda better now. I am sorry if I keep blame on you. I could not barely talk with anyone because you are exactly know what happened, right? I have a trauma to share my kinda personal problems to people cause the pasts. And I am sick to trust people. Eventhough it has been a long time ago, I just can not put my trust easily. And i am sorry if i ever hurt you.

Dear, my dear.
We have through many pains, and I hope this time we can go through it again. Do not worry. We will be okay. Just keep smiling untill the day comes. Do not worry too much and do not get hurt anymore. I really do love you, dear mysellf! :')





Dear, you.
Just rememember that,
If I died and went somewhere far,
I'd write your name on every star, so everyone could look up and see,
That your friendship means the world to me.


Sorry!





Trio, 15'

~ P <> T <> A ~








Tuesday, 8 December 2015

Pretend; Take or Leave


Bismillah.
Allahuma solli 'ala Muhammad.




Pretend.

Memang lumrah manusia, pretend ni macam trend.

"Takpelah, aku okay je."
Pretend okay.

"Eh hahahahahahahahahahaha lawak gila kau."
Pretend happy.

"Inshaa Allah. Kita doakan yang baik-baik. Moga Allah permudahkan semua urusan."
Pretend sangka baik dengan Tuhan.

"Engko apehal? Aku dah tak suka tu tak payah nak paksa."
Pretend benci.

"Hm.yeke? Ouh okay lah. Ikutlah macam mana pun. I'll follow the flow."
Pretend setuju.

"Entah. Aku pun tak faham diri aku sendiri. Haih."
Pretend keliru.


But deeply inside,

Kita tak okay.
Kita tak happy.
Kita sering ingat Tuhan nak campak kita dekat hutan dalam.
Kita suka malu-malu.
Kita protes dalam diam.
Kita lagi kenal siapa diri kita.


Tapi kenapa kita pilih untuk pretend?


Sebab kadang-kadang
Hati kita sendiri pun kita tak boleh nak berapa percaya sebenarnya.

Kita sendiri tak pasti apa yang kita rasa.

Atau mungkin kita tak pasti.

And we choose to pretend,
Because no one ever care.

No one ever care what you feel.
What you have gone through.
What makes you hurt.
What makes you so fragile.

No one ever care.

And 'pretend' just the best way to keep it (your feelings/suffers/regrets) inside.

Because no one gotta know.
And me.

Even they know, they just DON'T CARE.

So, aku rasa orang yang tak pretend ni lagi sengsara daripada orang pretend.

First : He show his depressness but no one care.
Second : He depressed because (read the first).


Am i right, gais? Kehkeh. No offense ya.





"Can we stop pretending and tell each other how we really feel?"

~NA




Saturday, 5 December 2015

Hey, farewell to ZA


Do not tell me
That crying is a 
Sign of weakness.

If I can use water
To keep my body
Free from dirt

Then I can also
Shed tears to 
Remove the burden
From my soul.






Cry as hard as you want to. But make sure that once you stop crying, you never cry for the same reason again.

~NA


Wednesday, 2 December 2015

No doubt in Islam

Bismillah.
Allahuma solli 'ala muhammad.
.
.
.
Kisahnya mengenai 3 orang. Afiq, Syafrina dan Naim. Afiq dan Syafrina sama-sama belajar di sebuah sekolah berasrama penuh integrasi. Beberapa lama kemudian, Afiq jatuh hati pada keayuan Syafrina. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya anggun dan berseri-seri dengan cahaya keimanan. Dia tidak boleh meluahkan perasaannya kepada Syafrina sebab takut kena tangkap dengan pencegah maksiat sekolah. Akhirnya, dia hanya mampu menahan diri sahaja.


Beberapa tahun berlalu, tibalah masanya apabila Afiq berada di Tingkatan 5. Dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mula mengatur langkah untuk menarik perhatian Syafrina. Percakapan, sikap, tingkah laku semuanya berubah semata-mata menginginkan kata-kata pujian dari bibir mekar Syafrina. Awalnya, semua tindakan Afiq seperti tulis di atas air. Kata pun manusia, tidak mungkin Syafrina tiasa perasaan suka, gembira, bangga dalam dirinya. Lumrah perempuan, akan cair dengan kata-kata ajnabi walau pada penghujung sekali pon. Lama kelamaan Syafrina akhirnya tewas pada pujuk rayuan Afiq.


Walau bagaimanapun, mereka ini sebenarnya sedar yang Islam itu tidak membenarkan umatnya bercouple. Jadi, mereka berpakat untuk membuat satu revolusi baru dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat-tempat gelap ni. Bukan itu sahaja, Syafrina kena pakai tudung labuh. Afiq pula kena pakai serban dan berjubah rapi. Date mereka bukan macam pasangan cintan cintun lain. Memang berlainan. Katanya bukan keluar membuang masa. Keluar pun membawa Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus berdua. Jalan pula mana ada pegang-pegang tangan. Kononya nak ikut cara nabi Musa a.s. Lelaki di hadapan manakala perempuan di belakang. Dan yang paling 'sweet' sekali bila balik rumah, missed call pagi-pagi untuk ingatkan Qiamulail. Hah! Kan Islamic punya couple tu!


Setahun berlalu...

Setelah setahun mengamalkan taktik demikian, Afiq ditakdirkan bertemu dengan Naim. Ketika itu Afiq dan Syafrina sedang bertadarrus di RFC. Naim tiba-tiba menghampiri mereka kerana tiada tempat kosong untuk dia duduk. Bila duduk, Naim memulakan pembicaraan dengan menyapa Afiq. Lalu, Naim bertanya;

"Have you married?"
"No." Jawab Syafrina tulus.
"So, why you sit together with this ajnabi alone here?" tanya Naim.
"Kami couple, but in Islamic way." jawab Afiq retorik.

Naim hanya tersenyum mendengar jawapan itu.

Setelah beberapa lama Naim mendiamkan diri, dia akhirnya memulakan cerita. 
"Aku ni Muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapura. Dulu aku suka sangat makan khinzir. Kalau sehari aku tak makan, aku pengsan. Pernah sekali mak aku terlupa belikan khinzir untuk aku, aku masuk wad malam tu. Tapi, alhamdulilah. Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayahnya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu dalam Islam tak boleh makan khinzir. Aduhai, pening kepala aku. Aku nak buat macam mana ni? Seminggu aku ditahan wad."

Afiq terdiam. Syafrina mula tundukkan wajahnya. Muka Syafrina kelihatan merah diserbu darah mungkin.

Naim sambung ceritanya kembali apabila melihat reaksi saudara seIslam di hadapannya.
"Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku, mana ada. Jadi, time dekat hospital aku fikir. Fikir punya sibuk fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islam kan khinzir tu. Aku beli seekor anak khinzir. Dari kecil aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia 2 kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap pagi aku bagi tazkirah kat khinzir tu. Asal dia berak, aku vakum terus. Macam ni lah kehidupan aku dengan khinzir tu buat tempoh 2 tahun. Lepas 2 tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk aku sembelih khinzir ini. Tengok-tengok khinzir ni tiada leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun aku tak makan khinzir. Kempunan punya pasal. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz muka macam lapar je. Aku pun pelawa la dia makan sekali,

"Ustaz! Jom makan khinzir Islam ni!" Tercengang ustaz itu lalu terus berlalu sambil bibirnya terkumat-kamit istighfar.

Esoknya aku terserempak dengan ustaz berkenaan dan menanyakan kepadanya, kenapa tidak singgah makan bersama aku semalam. Ustaz tu pun cakaplah dekat aku. Yang HARAM TETAP HARAM dan tiada pemudah cara bagi menghalalkan yang haram. Ya, memang aku menangis juga  waktu tu. Memang aku jahil sangat tentang agama Islam. Bila aku tau khinzir itu Haram, sampai sekarang aku tak pernah sentuh benda alah tu."


Bila terdengar kisah Naim, Afiq dan Syafrina sedar. Andai benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas.


Allahu'alam.



So, the equation is;
Halal is Halal.
Haram is Haram.
Simple as that! :)




"Moga Allah uraikan rasa yang terpendam dalam hatiku, walau kata belum pernah berbicara, dengan ikatan yang Allah raikan."

 ~NA


Sunday, 15 November 2015

Hujang

Bismillah.
Allahuma solli 'ala muhammad.

Aku saja nak update blog lagi memandangkan ilham dah datang menjengah eventho i have been did it recently. Kang kalau takde, takde langsung. Dah ada, apa salahnya kalau aku kongsi. Betul tak? K sila abaikan ini dan tajuknya sekali.




"Wahai bumi telanlah airmu, wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu." 

( Quran verses 11 : 4 )


Tahu kenapa langit suram tanpa cahaya?
Tahu kenapa langit tidak berhenti mencurahkan airnya?
Kerana, sudah terlalu lama langit memendam rasa, memerhatikan maksiat bermaharajalela.

Kini tiba masanya untuk langit menangisinya,
Langit sedang berbicara dengan kita,
Apa kita masih ingin mengabaikannya?

Langit juga takut mengenangkan azab Allah.
Langit sudah tidak mampu memandang kerosakan di bumi Allah.

Bagaimana dengan kita?
Masih tiada keinsafan dan kesedaran?
Tepuk dada tanya iman.


Bumi dah uzur.
Bumi dah penat dan terlalu sedih menyaksikan kemaksiatan yg kita lakukan.

Allah dah banyak kali bagi hint.
Sikit-sikit Allah tunjuk cash depan mata.
On the spot.

Tapi kita?
Sedih masa tu saja la.
Insaf sekejap saja.
Hanya meniti di bibir.
Tapi usahanya tiada.

Kosong.

Sedar tak?
'Masa' tu dah terlalu dekat.

Sungguh dekat.
Masa kehancuran alam ini.

Bila nak taubat?
Bila nak berubah?

Esok.
Tu pun kalau masih ada kesempatan untuk kita.

Allah merindui rintihan hamba-Nya
Allah rindu nak dengar kata taubat daripada kita.
Rindu akan sujud cinta dari hamba-Nya.

Tinggalkan segala kemaksiatan di bumi ini.

Dah lama Allah tunggu, sekarang Allah nak tunjukkan pula kebesaran-Nya.

 Nauzubillahi min zalik.


Masanya akan tiba,

Doa semoga kita semua berada dalam kalangan orang yang beriman.





From dunya ~AS



Tuesday, 10 November 2015

Cinta Ilahi ditolak ke tepi?





Orang bercinta atau orang yang tengah sayang menyayangi, bila sampai ke satu tahap mereka rasa, atau salah seorang dari mereka rasa,

"Dia lah segala-galanya bagi aku."
"Aku hanya sayang dia seorang."
"Cinta aku hanya untuk dia."
"Rinduku milik dia."
"Ah hanya dia."
"Hatiku milik mu"
"Dialah satu, tiada dua."
"Hanyalah satu yang bertakhta di hatiku."
"Kalau aku ada kambing seekor, aku hanya akan berikan padamu."

Dan bermacam lagilah.

Bila sampai ke tahap ini,
Maka mereka yang terlibat sebenarnya telah buat kesilapan besar iaitu MELEBIHKAN seseorang daripada yang PATUT DILEBIHKAN.
Dengan kata lain, melebihi cinta seseorang melebihi cinta Tuhan.
Lalu, Alah STOPkan perhubungan tersebut,
Maka terputuslah di tengah jalan.

Tak kiralah putus sebab apa pun.
Sebab orang ketiga, sebab salah faham, sebab gaduh, sebab mak bapak tak berkenan, sebab keluarga, sebab harta, sebab sikap, sebab tak sefahaman, sebab nafsu tak dapat control, sebab cempedak jadi nangka, sebab merebut murtabak dan bermacam-macam sebab lain. Itu cumalah asbab.

Sedangkan yang mengawal hati, menentu jodoh,  menjadikan hubungan tu smooth atau celaru, semua di tangan ALLAH.

After hubungan tak kesampaian, sekarang siapa yang kau tuju?

Allah juga jadi tempat yang dituju.
Allah juga jadi tempat mengadu.
Lalu terpacullah dari bibir,
Tertaiplah pada statusmu, blogmu, nukilanmu,

"Cukuplah Allah bagiku."

Selama ini kita cabar Allah dengan melebihkan manusia dari Dia.
Lalu Dia seru sahaja mengikut iradat-Nya,

"Kun Fa Yakun."

Putuslah.
Berakhirlah.
"Kembali sujud pada-KU!"
Sekarang setelah dah tiada jodoh,
Siapa yang kau lebih perlukan?

Barulah tersedar,
"Aku perlukan Allah.
Aku sayang Allah."

Pfft.

Akhir kata, jangan cabar Allah.
Dengan atau tanpa sengaja.











Monday, 26 October 2015

Aku nak jadi macam kau!





Pernah orang ungkap,
“aku nak jadi macam kau”
Bukan sekali; banyak.
Sebabnya,
Dia nampak aku ni macam tak ada masalah dengan manusia.
Dengan semua orang boleh baik sentiasa.
Aku gelak.
Bukan tak ada masalah dengan manusia.
Tapi dah penat nak terasa.
Memang aku,
Kalau boleh benda macam ni malas nak fikir panjang
Merosakkan hari
Buat bodoh, pejam mata, maafkan.

Manusia tak sempurna.


"When someone does something that hurts you, make a promise to yourself and to Allah that you will never do the same thing to anyone else"


























2610151713 -Adni

Friday, 23 October 2015

Ketawa la ketawa.





Day by day, 
People keep going,
But before it they keep laughing,
Bringing to there is nothing.
The goods keep zeroing,
The bads keep increasing,
After all they keep scaring,
People who are still living,
But still, 
Not everyone is realizing,
Death is near in,
And they keep laughing,
Until they are going.

Mat salleh kata,
"Laugh is the best medicine."

Muhammad S.A.W kata,
"Banyak ketawa boleh mematikan hati."

Fikir. Pilih. Dah besar kan.

Saturday, 17 October 2015

Dosa, dosa, dosa.






Yang namanya manusia itu,
Memang tak lari dari berbuat dosa.
Dosa segala macam dosa.
Dosa kecil, dosa besar, dosa sengaja, mahupun dosa tidak sengaja.
Pernahkah kita terfikir?
The best thing being a Muslim is,
Allah sangat menjaga aib kita.
Kasih-sayangNya sentiasa menggunung dari dosa-dosa kita.
Malah, pintu taubat sentiasa terbuka.
Pernahkah kita terfikir?
Betapa besarnya kasih sayang Allah pada kita.
Dosa-dosa kita selama ini.
Allah tak jadikan ia sebagai kudis di tubuh. 
Nanah di wajah.
Hatta bau busuk yang amat dahsyat.
Sehingga tidak ada seorangpun mahu mendekati.
Pernahkah kita terfikir?
Betapa besarnya kasih sayang Allah pada kita.
Dosa-dosa kita selama ini,
Allah tak balas serta merta.
On the spot, 
Cash on delivery.
Walhal Allah sangatlah mampu untuk berbuat sedemikian.
Pernahkah kita terfikir?
Betapa baginda Rasulullah S.A.W berdoa pada Allah,
Agar tidak menurunkan bala yang dahsyat kepada ummatnya,
Yakni kita?
Namun betapa kita terlalu 'beristirehat' atas doa baginda?
Andai Rasulullah masih ada.
Pernahkah kita terfikir?
Adakah kita umat yang mengambil pengajaran?
Adakah kita umat yang berfikir?
Afala ta'qilun?


"Dan kalau Allah menyegerakan keburukan bagi manusia seperti permintaan mereka untuk menyegerakan KEBAIKAN, pasti berakhir umur mereka" 

(Surah Yunus: 11)

Allahuakbar.
Hebatnya kita di mata manusia, baiknya kita di mata manusia hanya kerana Allahu Taala menjaga aib kita.
Jika tidak?
Kita ni cuma picisan di muka bumi.
Siapa pun taknak pandang.
Bersyukurlah ,ya ayuhannas :')



#freedom #straightA's

Friday, 25 September 2015

PT3, Shout out!



Bismillah.
Allahuma solli 'ala muhammad.

Last saya menulis 2 bulan yang lalu. Tapi hati rasa rindu sangat untuk menulis. Mashaa Allah! Betul ni tak tipu.:')

Briefly my preparation for facing PT3 , Alhamdulilah hampir siap, kelengkapan semua siap. Just tunggu masa untuk berjihad di dalam dewan peperiksaan je! (acah-acah semangat)
Memandangkan PT3 is just around the corner, saya, Nur Afiqah ingin memohon maaf atas segala khilaf dan dosa diri yang serba kekurangan ini.

*menyanyi*
"Cause im just a ordinary girl,
Who always making sins, everyday, everytime and every second...."

[Ehem. Back to the topic]

Jadi, saya harap sangat kalian dapat maafkan saya. *kesat air mata*
Minta doa kalian juga.
Almost all PT3 candidates said PT3 is hard, truly hard.
Mungkin ada senior yang kata,
"Eleh! spm lagi susah la!"
Hahaha ye, memang. SPM memang susah. saya tak nafi.
But in my opinion,
Korang dulu ambil PMR.
Kitorang PT3.
PT3 dengan PMR ni macam langit dengan bumi tau.
Out of our level as form 3 students.
Even kedua-duanya ada persamaan (peperiksaan besar)
But it has lots of difference.
Soalan kbat PT3 are more advanced and extreme.
Misalnya sains.
Tiba-tiba ada soalan Biology, yang dah confirm and sure luar silibus dan tak pernah belajar.
Matematik pon sama.
Dua subjek ni boleh buat sijil PT3 kitorang slack tau tak? Exactly annoyed!

*berdehem*
Astaghfirullah. Terlebih emo pulak malam-malam buta ni. Maaf.

So, the main point here's,

"Halalkan makan minum.
Maafkan perlakuan atau perkataan yang mengguris hati
Dan doakan yang terbaik untuk saya"


Adios, salam alaik.






















Wednesday, 15 July 2015

Titik Hitam Itu








- Apa yang kau lihat?

"di kertas tu?"

-Ya.

"satu titik hitam"

"kenapa kau tak boleh tengok sekeliling putih tu. kenapa mesti kau fokus pada satu titik hitam yang kecil di kertas tu?"

Holla assalamualaikum! :)

Apa khabar iman? Iman aku.............. hm jatuh jatuh dan terus jatuh. Allahu :"( Nak nangis ni. Doakan ya! Doa kalian amat amat amat membantu aku untuk naikkan iman ni......

Entri kali ni terinspirasi setelah aku habis baca buku hlovate. Actually, dah lama dah habis baca buku tu tapi baru harini Allah buka hati nak buat post blog. Mungkin Allah tau dosa aku banyak pahala aku pulak sikit cenonet je jadi, Allah nak tambahkan pahala aku dgn buat post blog ni.

Yalah kan.

Setiap kata-kata dan ayat yang kita taip di alam maya apabila dibaca oleh orang lain akan membuahkan dua perkara.

Pahala.

..atau..

Dosa.

Jadi sekarang ni aku sedang berusaha ke arah "pahala" dan bukan "dosa"


{ berbalik pada tajuk }

Manusia.

Siapa tak kenal manusia.

Manusia di keliling kita.

Ibu kita manusia.

Ayah kita manusia.

Abang kakak adik kita manusia.

Kita juga manusia.

Memang manusia ni sikapnya mencari silap orang lain mencari salah orang lain. Padahal salah seseorang itu hanya sedikit cuma. Yang sedikit itulah berjaya mengaburi kebaikan yang dia buat. Padahal kebaikannya jauh lebih besar banyak dan hebat dari kejahatan itu.

Sama juga seperti kisah "sekeping kertas" ini. Kertas itu simbol seseorang. Dan warna putihnya simbol kebaikan. Manakala titik hitam itu simbol kejahatan.

Bila ditanya pada kita, 
"weh kau suka tak ( isi tempat kosong dgn satu nama )"

Pasti cepat saja kita menjawab,
"sumpah do aku tak suka. dia pernah pinjam pemadam aku pastu hilangkan. dahlah tak mintak maaf"

Padahal tanpa kita sedar, dia bukan sengaja mahu hilangkan pemadam tu. Alahai pemadam saja kot. Beli dkt kedai pun entah entah dapat free.

Orang yang dikatakan dibenci tu mana tau, dalam setiap doanya ada diselitkan nama kita sekali. Mana tau, ketika kita ponteng kelas dia yang tolong back-up kan kan?

Jadi, sungguh kelihatan bod-do sekali kita apabila satu kesalahannya yang kecil menutup mata kita dari memandang sejuta kebaikannya yang lain.


"aku mintak maaf ye aku benci kau selama ni sebab kau hilangkan pemadam aku"


Simple forgive, smile.


Cepu emas


Manusia sekarang–
Dalam perkara dunia;
Semuanya mesti nak lebih.
Jarang besederhana.
Tetapi–
Dalam perkara agama;
Semuanya setakat,
“Sekurang- kurangnya dia buat.”
Perasan tak?
Dalam urusan agama,
Kite meletakkan yang paling minima itu sebagai satu usaha dan impak yang dah cukup baik.
Tapi–
Untuk dunia;
Kita meletakkan kayu ukur yang paling tinggi itu sebagai sesuatu yang termaktub harus dicapai.


Hati kau–

Berat belah mana?

Thursday, 4 June 2015

Buatan orang

"Doktor, saya sakit perut sejak semalam! Senak sangat rasa!" kata Maryam kepada Dr. Ayesha setelah ditanya tentang sebab dia datang ke bahagian kecemasan pada jam 3 pagi ketika semua orang sedang lena dibuai mimpi.


Dr. Ayesha cuba bersangka baik dengan bermonolog, "Kalau pagi-pagi buta macam ni dia datang, mesti sakit betul dia ni."


"Sakit sangat ke, dik?"


"Ya doktor. Memulas-mulas ni ha. Senak. Tak tahu macam mana dah saya nak cerita. Doktor ingat saya main-main ke apa? Saya rasa ini sihir, puaka mana entah! Saya tahu ni mesti 'buatan orang' punya." Sambil tangannya memegang perut dengan muka yang berkerut.


"Okey! Okey! Doktor nak tanya soalan sikit boleh? Bila last period Maryam?"


"Buat apa doktor nak tahu? Saya tak ingatlah!" Jawab Maryam dengan kasar.


"Maryam, kalau nak doktor tolong Maryam, Maryam kena tolong doktor juga.Maryam kena tolong jawab soalan doktor dengan jujur. Selagi tak jawab dengan jujur, selagi itulah kita tak tahu apa penyakit yang Maryam mengerang-ngerang tanggung sekarang ni"


"Apa? Doktor ingat saya ni apa? Perempuan liar? Bohsia? Saya tahu sangatlah kenapa doktor tanya soalan tu."


"Baiklah, Kalau Maryam tak nak jawab, kita ambil air kencing Maryam. Okey?"


"Hmm. Yelah, doktor. Saya cakap ini 'buatan orang' doktor tak percaya."


Dr. Ayesha menyuakan botol air kencing kepada Maryam. Maryam menyambutnya kasar dan terus keluar beredar ke tandas.


Setelah keputusan air kencing untuk mengesahkan sama ada Maryam berbadan dua atau tidak, siap. Dr. Ayesha memanggil Maryam.


"Maryam, betul cakap Mariam tadi. Ini memang 'buatan orang'. Maryam boleh bagi tahu dan kirim salam pada 'puaka' yang buat Maryam jadi macam ni."


"Apa maksud doktor ni?"


"Nah. Tengok ni."


UPT (Urine Pregnancy Test) POSITIF







-diagnosis

Wednesday, 3 June 2015

Useless


Ini hati aku
Ambil, ambil dan belek
Sampai kau jumpa semua kebaikan
Yang sering kau puja-puja
Tanpa kenal dulu



Ini hati aku
Nampak?
Hati yang penuh dengan dosa luka lalu
Yang selalu kau puja-puja



Jadi kau kecewa?
Berkali aku bagi tahu
Aku bukan malaikat tanpa ada dosa
Kau sendiri yang tak nak percaya.





































Tuesday, 2 June 2015

Zikrullah





2 maut, 2 cedera parah, 1 cedera ringan

Sebelum nafas terhenti,
Sebelum nyawa terpisah dari badan,
Sebelum jasad terbujur kaku,
Masih sempat untuk kita ringankan bibir membaca butir-butir zikir kepadaNya.


"Subhanallah walhamdulilah walailahaillallah wallahu akbar"

Allah berfirman dalam Quran,


"Hai orang-orang yang beriman! berzikirlah(mengingat) kepada Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya pada waktu pagi dan petang"

[41:42]


Monday, 1 June 2015

Forgotten

"Afiq, ibu nampak Afiq penat betul hari ni. Busy sangat ke kerja tadi nak?"

"Penatlah juga, bu. Tak larat rasa badan. Solat isya' pun tak sempat tadi di hospital.

Afiq rasa macam kena ambil ubat atau supplement bagi ada lebih tenaga lah, bu."

Ibu tersenyum. Agak lama sebelum dia memberi satu 'jawapan membunuh'

"Nak, lima waktu solat itulah ubat terhebat. Supplement nya pula solat-solat sunat.

Jaga betul-betul yang tu kalau nak selalu bertenaga dan sihat."

Aku bingkas bangun dari katil dan terus menuju ke tandas mengambil wudu'.

Kulit dan hati yang 'terbakar' dek kata-kata-kata ibu itu harus segera dirawat dan disejukkan dengan solat.

Subuh,
Tirai hari dikuak tenang, Kokokan ayam bersahut-sahutan disusuli azan yang mencarik kesunyian. Air wudu' menitis dari wajah. Ya Allah, berkati hariku seadanya. Solatku, hidupku, matiku seluruhnya hanya buatMu, sang Pencipta.

Dzuhur,
Mentari dermawan dengan sinaran memberi bahang kepanasan. Keletihan menjilat jasad yang dari pagi menagih, meminta, meraih dan meneroka rezeki serta nikmatNya. Jangan leka. Dia menanti untuk disapa. Jiwa raga yang penat perlukan tenaga dari empat rakaat solat.

Asar,
Mentari redup dengan angin gemalai yang membelai. Keindahan waktu ini kekadang membuat hati terlalu terbuai sehingga lalai. Jiwa, jangan gusar. Emosi, jangan nanar. Biar jalan hidup terus lurus dalam tulus. Biar kemudi hati tidak tersasar dalam niat solat Asar.

Maghrib,
Remang jingga memberi isyarat. Jalur senja yang memisahkan antara gelap dan terang, malam dan siang memberi mesej tersirat yang perlu direnungkan; alam barzakh-'senja' dunia sebelum menuju ke 'sana'. Lihatlah dengan mata hati yang ghaib dalam tiga rakaat Maghrib.

Isya',
Jasad makin penat dan meronta-ronta untuk berehat dalam dakapan malam gelap pekat. Kemalasan merantai diri. Ini fardhu yang terakhir buat hari ini. Tamatkan cerita dengan penyudah yang indah. Pautkan cinta dan segala yang retak dalam Isya'.




Ada yang lena dibuai mimpi indah. Ada juga yang resah dengan ingau ngeri yang menjengah. Dua pertiga malam, sepi. Tidak ramai yang bangun menemani melainkan yang tahu rahsia dinihari.

Masa terlalu pantas berlalu dalam kita terus tegar berdosa.

Benarlah kata Al-Syafi'i,

"Peredaran masa adalah sesuatu yang aneh, tetapi lebih aneh manusia yang melengahkannya"

Manusia aneh,
Aku.