lagu

Sunday, 15 November 2015

Hujang

Bismillah.
Allahuma solli 'ala muhammad.

Aku saja nak update blog lagi memandangkan ilham dah datang menjengah eventho i have been did it recently. Kang kalau takde, takde langsung. Dah ada, apa salahnya kalau aku kongsi. Betul tak? K sila abaikan ini dan tajuknya sekali.




"Wahai bumi telanlah airmu, wahai langit berhentilah dari curahan hujanmu." 

( Quran verses 11 : 4 )


Tahu kenapa langit suram tanpa cahaya?
Tahu kenapa langit tidak berhenti mencurahkan airnya?
Kerana, sudah terlalu lama langit memendam rasa, memerhatikan maksiat bermaharajalela.

Kini tiba masanya untuk langit menangisinya,
Langit sedang berbicara dengan kita,
Apa kita masih ingin mengabaikannya?

Langit juga takut mengenangkan azab Allah.
Langit sudah tidak mampu memandang kerosakan di bumi Allah.

Bagaimana dengan kita?
Masih tiada keinsafan dan kesedaran?
Tepuk dada tanya iman.


Bumi dah uzur.
Bumi dah penat dan terlalu sedih menyaksikan kemaksiatan yg kita lakukan.

Allah dah banyak kali bagi hint.
Sikit-sikit Allah tunjuk cash depan mata.
On the spot.

Tapi kita?
Sedih masa tu saja la.
Insaf sekejap saja.
Hanya meniti di bibir.
Tapi usahanya tiada.

Kosong.

Sedar tak?
'Masa' tu dah terlalu dekat.

Sungguh dekat.
Masa kehancuran alam ini.

Bila nak taubat?
Bila nak berubah?

Esok.
Tu pun kalau masih ada kesempatan untuk kita.

Allah merindui rintihan hamba-Nya
Allah rindu nak dengar kata taubat daripada kita.
Rindu akan sujud cinta dari hamba-Nya.

Tinggalkan segala kemaksiatan di bumi ini.

Dah lama Allah tunggu, sekarang Allah nak tunjukkan pula kebesaran-Nya.

 Nauzubillahi min zalik.


Masanya akan tiba,

Doa semoga kita semua berada dalam kalangan orang yang beriman.





From dunya ~AS



No comments:

Post a Comment