lagu

Monday, 26 October 2015

Aku nak jadi macam kau!





Pernah orang ungkap,
“aku nak jadi macam kau”
Bukan sekali; banyak.
Sebabnya,
Dia nampak aku ni macam tak ada masalah dengan manusia.
Dengan semua orang boleh baik sentiasa.
Aku gelak.
Bukan tak ada masalah dengan manusia.
Tapi dah penat nak terasa.
Memang aku,
Kalau boleh benda macam ni malas nak fikir panjang
Merosakkan hari
Buat bodoh, pejam mata, maafkan.

Manusia tak sempurna.


"When someone does something that hurts you, make a promise to yourself and to Allah that you will never do the same thing to anyone else"


























2610151713 -Adni

Friday, 23 October 2015

Ketawa la ketawa.





Day by day, 
People keep going,
But before it they keep laughing,
Bringing to there is nothing.
The goods keep zeroing,
The bads keep increasing,
After all they keep scaring,
People who are still living,
But still, 
Not everyone is realizing,
Death is near in,
And they keep laughing,
Until they are going.

Mat salleh kata,
"Laugh is the best medicine."

Muhammad S.A.W kata,
"Banyak ketawa boleh mematikan hati."

Fikir. Pilih. Dah besar kan.

Saturday, 17 October 2015

Dosa, dosa, dosa.






Yang namanya manusia itu,
Memang tak lari dari berbuat dosa.
Dosa segala macam dosa.
Dosa kecil, dosa besar, dosa sengaja, mahupun dosa tidak sengaja.
Pernahkah kita terfikir?
The best thing being a Muslim is,
Allah sangat menjaga aib kita.
Kasih-sayangNya sentiasa menggunung dari dosa-dosa kita.
Malah, pintu taubat sentiasa terbuka.
Pernahkah kita terfikir?
Betapa besarnya kasih sayang Allah pada kita.
Dosa-dosa kita selama ini.
Allah tak jadikan ia sebagai kudis di tubuh. 
Nanah di wajah.
Hatta bau busuk yang amat dahsyat.
Sehingga tidak ada seorangpun mahu mendekati.
Pernahkah kita terfikir?
Betapa besarnya kasih sayang Allah pada kita.
Dosa-dosa kita selama ini,
Allah tak balas serta merta.
On the spot, 
Cash on delivery.
Walhal Allah sangatlah mampu untuk berbuat sedemikian.
Pernahkah kita terfikir?
Betapa baginda Rasulullah S.A.W berdoa pada Allah,
Agar tidak menurunkan bala yang dahsyat kepada ummatnya,
Yakni kita?
Namun betapa kita terlalu 'beristirehat' atas doa baginda?
Andai Rasulullah masih ada.
Pernahkah kita terfikir?
Adakah kita umat yang mengambil pengajaran?
Adakah kita umat yang berfikir?
Afala ta'qilun?


"Dan kalau Allah menyegerakan keburukan bagi manusia seperti permintaan mereka untuk menyegerakan KEBAIKAN, pasti berakhir umur mereka" 

(Surah Yunus: 11)

Allahuakbar.
Hebatnya kita di mata manusia, baiknya kita di mata manusia hanya kerana Allahu Taala menjaga aib kita.
Jika tidak?
Kita ni cuma picisan di muka bumi.
Siapa pun taknak pandang.
Bersyukurlah ,ya ayuhannas :')



#freedom #straightA's