- Apa yang kau lihat?
"di kertas tu?"
-Ya.
"satu titik hitam"
"kenapa kau tak boleh tengok sekeliling putih
tu. kenapa mesti kau fokus pada satu titik hitam yang kecil di kertas tu?"
Holla assalamualaikum! :)
Apa khabar iman? Iman aku.............. hm jatuh
jatuh dan terus jatuh. Allahu :"( Nak nangis ni. Doakan ya! Doa kalian
amat amat amat membantu aku untuk naikkan iman ni......
Entri kali ni terinspirasi setelah aku habis baca buku
hlovate. Actually, dah lama dah habis baca buku tu tapi baru harini Allah buka
hati nak buat post blog. Mungkin Allah tau dosa aku banyak pahala aku pulak
sikit cenonet je jadi, Allah nak tambahkan pahala aku dgn buat post blog ni.
Yalah kan.
Setiap kata-kata dan ayat yang kita taip di alam maya
apabila dibaca oleh orang lain akan membuahkan dua perkara.
Pahala.
..atau..
Dosa.
Jadi sekarang ni aku sedang berusaha ke arah
"pahala" dan bukan "dosa"
{ berbalik pada tajuk }
Manusia.
Siapa tak kenal manusia.
Manusia di keliling kita.
Ibu kita manusia.
Ayah kita manusia.
Abang kakak adik kita manusia.
Kita juga manusia.
Memang manusia ni sikapnya mencari silap orang lain
mencari salah orang lain. Padahal salah seseorang itu hanya sedikit cuma. Yang
sedikit itulah berjaya mengaburi kebaikan yang dia buat. Padahal kebaikannya
jauh lebih besar banyak dan hebat dari kejahatan itu.
Sama juga seperti kisah "sekeping kertas" ini.
Kertas itu simbol seseorang. Dan warna putihnya simbol kebaikan. Manakala titik
hitam itu simbol kejahatan.
Bila ditanya pada kita,
"weh kau suka tak ( isi tempat kosong dgn satu nama
)"
Pasti cepat saja kita menjawab,
"sumpah do aku tak suka. dia pernah pinjam pemadam
aku pastu hilangkan. dahlah tak mintak maaf"
Padahal tanpa kita sedar, dia bukan sengaja mahu
hilangkan pemadam tu. Alahai pemadam saja kot. Beli dkt kedai pun entah entah
dapat free.
Orang yang dikatakan dibenci tu mana tau, dalam setiap
doanya ada diselitkan nama kita sekali. Mana tau, ketika kita ponteng kelas dia
yang tolong back-up kan kan?
Jadi, sungguh kelihatan bod-do sekali kita apabila satu
kesalahannya yang kecil menutup mata kita dari memandang sejuta kebaikannya
yang lain.
"aku mintak maaf ye aku benci kau selama ni sebab
kau hilangkan pemadam aku"
Simple forgive, smile.
